Friday, May 6, 2011

diploma sains geomatik

assalamualaikum

amaran:entry ini mungkin entry yg agak panjang antara entry2 aku yg lain. entry ini mengadungi nukan 100% fakta. segala fakta yg ado dalam entry kali ini berdasarkan kajian aku di internet semata-mata. sebarang ketidak ketepatan fakta didalam entry ini harap dimaafkan kerana aku hanya lah seorang pelajar lepasan SPM yg tidak pernah mempelajari sains geomatik ini. HARAP MAKLUM!
aku bagai diseru-seru untuk menulis entry setelah muncul nye beberapa conversation seperti ini:

kawan: ko dapat upu tak?
aku: dapat.
kawan: kat mne? kos apa?
aku: uitm. dip. sains geomatik..
kawan: apa tu???
aku:  . . . (bunyi cengkerik)
kawan: kenapa ko pilih?
aku: ni pilihan ke 6 or ke7 aku doe...


oleh disebabkan tetibe rumah aku jadi ada  bnyak cengkerik dan aku rasa bagi korang yg masih blur2 pasal diploma sains geomatik ini maka, dengan murah hati aku nak share apa yg aku dapat hasil research aku di google, i luv islam, facebook, wikipedia dan di blog2....ayuh mulakan!!
dahulunya nama lain bagi sains geomatik ini ada ukur tanah. namun akhir2 ini nama kursus itu telah ditukar ke sains geomatik sebab nak kasi komersial sket. so, kesimpulannya  sains geomatik dan ukur tanah adalah perkara yg sama(bnda yg di belajar pun sama).
Geomatics ni sama dengan GIS saya ada mention dalam thread lain, consist of land surveying, satellite imaging, GPS etc. In a nutshell, Geomatics or GIS, ni kerjanya untuk collect spatial data. Dengar macam sikit, tapi spatial data ni complicated, tak macam database company jual kereta sebagai contoh. Antara contoh spatial data, yang mudah seperti elevations on a certain area, data macam ini boleh di represent as contours line atau dengan 3D. Data yang 'UP' sikit mungkin seperti precipitation vs evaporation distribution over a land. Skop pekerjaan IMHO, luas juga, dari duduk mengadap computer sampai kerja bawah matahari. Gadget-gadget yang digunakan dalam geomatics selalunya sangat fancy, barang paling fancy orang geomatics handle, mungkin satellite itself kot, but itu depends la kan kat mana you kerja. Nak kerja apa? paling 'koman' pun surveyor la (which is quite ok jugakla walaupon bekerja dibawah matahari most of the day). kalo dapat project mapping area shoreline atau hutan chances boleh pandu kapal terbang sendiri. Data-data Geomatics/GIS sangat penting antaranya dalam construction, nak buka kawasan penempatan baru, buat bangunan jalan dan sebagainya. Maklumat seperti elevation tanah penting untuk calculate kos dan phase meratakan tanah untuk construction. Data seperti rainfall/runoff distribution sangat penting untuk meteorology, hydrology dan construction, nak determine kawasan tadahan hujan untuk direzabkan, untuk design dam, stormwater discharge etc. Data ini juga sangat penting untuk research seperti Global warming. Infos on temp, rainfall, aerosol GreenHouse gasses distribution diperlukan untuk melihat impact climate change on an area. Dalam Law pon spatial data juga sangat diperlukan esp dalam isu tanah. Google Maps dan Google earth adalah satu contoh Geomatics practice. Maklumat untuk navigation juga adalah contoh spatial data. Contoh paling senang GPS. Maklumat dari GPS dan spatial data lain juga penting dalam ketenteraan, untuk menyusun strategy, espionage dan sebagainya. Bidang Business/marketing juga menggunakan info yang sama. Contoh obvious mungkin bidang hartanah dll. The good things about Geomatics, ramai orang x tau ada such courses, walhal keperluan dia pada hemat saya sama penting seperti kerjaya lain. (yg ini aku copy n paste je)
ye!!! aku paham korang blur kan. mcm aku masa mula2 baca. meh aku ringkaskan.. maksud penulis yg baik hati di atas ini adalah is all about data. kalau korang minat bab kumpul2 data baca2 data..why not? (aku tak......) 
sains geomatik pun ada 3 jenis semua sekali : sains geomatik, sains geomatik (geografi infomasi sistem) dan sains geomatik (sumber alam).ahaa.. bagi untuk sem 1-4 apa yg dibelajar oleh ketiga3 jenis ini adalah sama cuma time sem 5&6 je lain sket. yeah... dan pasti kepada korng2 yg lebih sayang  kulit korang dari segalanye tak yah masuk la kut. sebab bidang ni korg byk lepak bawah cahaya mentari yg indah lagi bergemelapan..kui3...

gmbr ni tak da kaitan dgn entry ni..tension dah wat research hiburkn ati lak..hahaha


kursus ini ada beberapa subjek yg perlu dipelajrai bagi kursus ini. antaranya ialah: 
  1. pengenalan ukur
  2. matematik(add math juge sebenarnye)
  3. fizik
  4. bahasa inggeris
  5. computer concept
  6. agama islam
  7. koku
(kalau kurang sila tambah kalau lebih sila potong..hahaha)

okeh.. sebab no.2 and 3 tu la aku pikir berjuta kali nk masuk or tak...dan  yang paling menyenangkan hati nye mereka2 juga berkata bahawa kursus ini banyak calculation and mcm aku ckp tadi terdedah kpd outdoor enviroment. rata2 dari kajian aku bahawa calculation nye seperti add math. so?what say u..hahaha.. me? no! haha.
actually aku minat study outdoor ni sebab tu aku pilih dulu. tapi.. add math dan fizik yg melemahkan kaki dan hati aku. bagi lelaki korang tak da hal kut aku rasa la. sebab rata2 aku baca time kerja memang pelbagai mostly bgi lelaki gaji pun agak mantop!! bile time kerja lelaki most kerja kt site and while girl kerja dlm ofis. cume yg tak best yg aku baca la ye.. yg perempuan byk yg bile time kerja out from this field. ada yg jadi clerk, housewife..erk??
so, bnda2 cenggini memberatkan hati aku untuk time tawaran ni. 
so....aku rasa setakat ini sajalah entry aku kali ini.. sebarang soalan sila lah aju kan di facebook, chatbox kat sebelah ni ha or nk komen pun bole..kalau nak tgur kesalahan aku pasal fakta benda alah ni pun di alu2 kan..sekian..wasalam..



p/s: owh asasi TESL..kaciwa nya daku..harap2 maktab aku dpt or else ke matrik la aku..uhuhuhu

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...