Sunday, April 10, 2011

hikayat kerajaan hati

tersebut lah kisah mengenai sebuah kerajaan pada zaman dahulu yang aman damai dan bahagia pada mulanya. kerajaan ini diberi nama sebagai kerajaan hati. kerajaan hati ini diperintah oleh seorang puteri raja yang muda, bertanggungjawab, tegas dan amat perihatin terhadap segala rakyat yang hidup di dalam kerajaan itu. puteri tersebut diberi nama puteri chahaya muthiara. walaupunbegitu disebabkan usianya yang muda baginda telah dibantu oleh beberapa orang pembesar. salah seorang pembesar baginda adalah merupakan kakanda tuan puteri sendiri. tuan puteri amat menyayangi kakandanya kerana kakandanya itulah yang sering sahaja bersamanya berbanding kakanda-kakandanya yang lain. kakandanya bukan sahaja merupakan pembesar tetapi merupakan pahlawan bagi kerajaan tersebut. selain daripada kakandanya tuan puteri juga dibantu oleh seorang penasihat dan sahabat baik kepada baginda yang juga merupakan seorang puteri bagi kerajaan lain yang bernama puteri cahya agung. puteri cahya puteri cahya agung merupakan seorang penasihat yang baik lagi bijaksana. dua orang penting ini telah membantu tuan puteri chahaya muthiara mentadbir kerajaannya menjadi kerajaan yang aman lagi bahagia.
namun hari tidak akan cerah sepanjang masa. kesenangan tidak akan kekal selamanya. pada suatu hari tanpa diduga berlakulah perselisihan paham antara tuan puteri chahaya muthiara dengan kakanda kesayanganya itu. tuan puteri menyangka perselihan itu hanya sementara tetapi sangkaannya itu bukanlah suatu kenyataan. selepas persekisihan kecil itu kakandanya terus meningalkan tuan puteri dan kerajaan hati. tinggallah tuan puteri mentadbir kerajaan bersama penasihatnya itu. sedih kehilangan kakandanya itu tidaklah tertanggung. sejak dari itu kakandanya tidak lagi berbicara dengan baginda dan jauh sekali untuk membantu tuan puteri mentadbir kerajaannya itu. tiadalah pahlawan agung yang melindungi kerajaan hati. walaupun tuan puteri berduka cita tetapi tuan puteri tidak pernah membenci kakandanya baginda percaya bahawa suatu hari nanti kakandanya akan pulang ke kerajaan hati dan membantu tuan puteri seperti dahulu kala. baginda amat bertuah kerana mempunyai penasihat dan sahabat yang baik lagi bijaksana, bersama-sama penasihat nya itu baginda mentadbir kerajaan hati. dengan bantuan penasihat baginda kerajaan hati dapat terus membangun walaupun kadang kala terasa amat susah kerana ketiadaan pahlawan untuk melindungi kerjaan tersebut. 
sudah adat dunia bahawa lelaki dan wanita itu akan berpasang-pasangan, hati baginda telah ditambat oleh seorang putera yang dikatakan bahawa sangat menyukai tuan puteri sejak berabad lamanya. maka, baginda dan putera itu menjalin tali kasih yang agung. tuan puteri sangat bahgia hubungan mereka juga amatlah lancar. dan tiba suatu hari kerana kasihnya itu tuan puteri telah menganugerahkan sebahagian daripada kerajaan tersebut. baginda dan putera tersebut bersama-sama penasihat baginda mentadbir kerajaan sehingga menjadi sebuah kerajaan yang amat lah aman maju dan penuh dengan kegembiraan.
namun, sudah kententuan ilahi sekali lagi kerajaan hati diuji dengan ujian. putera yang amat dikasihi baginda telah mengkhianati janji mereka untuk bersama-sama mentadbir kerajaan tersebut. putera tersebut telah dipengaruhi oleh kerajaan lain sehingga terhancurlah kerajaan hati. putera telah bersama-sama kerajaan lain telah menghancurkan kerajaan hati sehinngga tiada belas kasihan. menangis lah baginda di dalam menara istananya sambil melihat kehancuran kerajaan nya itu. baginda bukan sahaja kehilangan cintanya malahan kerajaan nya juga musnah. namun, beruntunglah baginda kerana penasihat nya masih berada disisinya walaupun baginda telah mengalami kehancuran yang amat teruk. atas bantuan penasihatnya baginda bangkit untuk memulihkan kan kerajaan hati semula. dengan sisa-sisa yang tinggal baginda bersusah payah memulihkan kembali kerajaan itu. begitu juga dengan penasihat baginda yang membantu baginda sehabis daya bersusah payah tanpa mengira waktu. tersentuhlah hati baginda sehinngga menitis air matanya melihat kesungguhan penasihatnya itu. 
beberapa ketika selepas itu terdiri lah kembali kerajaan hati walaupun tidak lah seaman dah sebahagia dahulu. kemudian datanglah kembali putera nya itu memohon maaf dan mahu kembali ke kerajaan hati kerana dikatakan putera itu masih menyintai baginda. pada mulanya baginda amat berat hati untuk menerima kasihnya itu kembali. namun, baginda tidak dapat menipu dirinya sendiri bahawa baginda masih mengasihi putera itu malah terlalu kasih.
maka, ditadbirlah kembali kerajaan hati bersama-sama penasihat dan putera yang amat dikasihi baginda. bahagialah kembali kerajaan hati apabila hadirnya putera itu. baginda juga turut tersenyum riang apabila kerajaannya kembali pulih disamping oramg yang amat dikasihi baginda. maka, dua pasang kekasih itu berjanji setia sehinngga keakhirnya.
namun, entah dimana kesilapan baginda runtuhlah sekali lagi kerajaan hati. putera yang amat dikasihinya itu sekali lagi mengkhianati janji dan kasih yang telah terbina itu. putera itu berlalu pergi bersama-sama separuh kerajaan yang telah dianugerahkan kepada putera tersebut. maka hancurlah lagi sebahagian kerajaan itu setelah sebahagian yang lain dibawa pergi oleh puteranya itu. menangislah tuan puteri tiada bersisa didalam istana itu sambil ditelan kepekatan malam yang sunyi. mengigilah tuan puteri itu apabila mengetahui pengkihanatan puteranya itu. tiadalah lena tidurnya tiadalah juga selera santapnya mengenang cinta, harapan dan kerajaan nya hancur itu. namun tidaklah juga baginda menunjukkan kesusahanya dikhalayak ramai. baginda ingin mendirikan kembali kerajaannya itu dengan usahanya sendiri. mujurlah penasihatnya itu tiadalah juga meninggalkanya malah sentiasa bersama-sama baginda samada susah mahupun senang. walaupun baginda mengatakan dirinya akan mampu mendirikan kembali kerajaannya itu namun jauh disudut hati baginda masih mengharapkan dan mencintai puteranya itu. tuan puteri itu selalu dan akan terus menunggu puteranya itu  kerana itulah janjinya terhadap putera sambil disaksikan kerajaan hati nya. maka, baginda terus melangkah mendirikan kembali kerajaan yang musnah itu bersama-sama luka dihatinya. baginda akan terus menuggu dan menuggu putera dan kekandanya kembali ke kerajaan hati tanpa henti. 
TAMMAT.
menunggu itu janji ku.......


p/s: hanya sekadar hikayat.......maaf la ayat aku tak da la sepuitis en. fatahul...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...