Thursday, May 19, 2011

mak, ini untuk mak...

assalamualaikum
haluuuuu...well if korang dah baca entry aku sebelum ni selamat hari jadi mak so, mesti ko tau betapa aku mengharapnye nak dapat masuk maktab and nak jadi kemasukkan ke maktab sebagai hadiah aku kepada mak aku. kalau korang tak baca pun tak pe akan aku cter balik satu persatu di entry ni. bukan pasal birthday mak aku tapi pasal aku dan maktab. shall we start now?
okeh. to be true masa aku kecik2 dulu even masa lepas exam SPM pun aku tak pernah berhajat nak jadi cikgu secara ikhlas nye la. aku apply pun sebab mak and abah aku yg surh. even lepas aku dikatakan layak untuk di temuduga pun serious tak da sikit pun perasan gembira. sikit pun tak!
but till one day i don't how why and when suddently ati aku terbukak seluas2nye untuk jadi cikgu. doa mak maybe.hee. plus bile aku nmpak bebudak balik sekolah aku jadi suka kat budak2 sehingga ati aku ckp aku akan ajar dyorang satu hari nanti....
bila di pikir2 kan balik allah memang dah tunjuk jalan TESL maktab adalah jalan aku. lepas je aku turun pentas amik result teacher terus berlari kat aku and peluk aku.

teacher: tahniah BI awak dapat A
aku: thank you teacher. hasil usaha teacher jugak. agk2 nye say bole jadi cikgu tak ni?
teacher: eh..bole sangat jadi la guru TESl. 1119 awak bagus jugak ni..

so, disitu la permulaan perjalanan TESL aku. titik mula aku.

hari terakhir isi borang ipg..

aku: mak, nak jadi cikgu apa ni? sejarah or BI?
mak: BI la kut..macam gempak je..
aku: tapi wani minat sejarah..
mak: ikut wani la nak..mana2 pun mak tak kisah..tanya abah..
aku: abah, nak pilih mana ni?
abah: kau kena ingat BI nt interview dalam bahasa inggeris..
then, aku pilih sejarah..
 
besok nye aku pergi jumpe kaunselor mintak nasihat. cikgu kata amik TESL. sebab peluang lebih besar. aku agak menyesal sebab semalam nye tarikh tutup. then, aku dapat berita dari ina tarikh permohonan di lanjutkan. balik rumah terus tukar. rasa macam dapat peluang kedua je. terima kasih allah!
tthen, aku di panggil temuduga..kalau nak tau citer pasal temuduga tu tengok sini. lepas dari temuduga tu sejak saat tu aku tak pernah berhenti tanya kat mak..

aku: mak rasa wani dapat tak maktab ni mak?
mak: dapat nak...insyaallah...

tu la soalan yang aku tanye hari2 sampai la aku dapt msg dari 15888. dan yg kagum nye mak aku tak lak penat nak jawab soalan aku tu. tak jemu. baik kan mak aku????

mak aku pernah cakap 'kalau wani dapat maktab tu la hadiah terbaik untuk mak masa hari jadi mak'.
abah lak pernah cakap 'kalau wani dapat maktab kegembiraan nye 100% peratus kalau matrik cuma 60% jek'. mak, abah.. sekarang wani dah dapat maktab hadiah untuk mak dan abah. impian mak dan abah.
bila aku dapat je msg dari 15888 tu aku terus pangil mak. mak tengah sembahyang. mak terus berhenti sembhyg. then bile aku bagitau aku dapat maktab. mak terus buat sujud syukur.mak peluk aku. mak nangis. air mata gembira dan syukur. doa dy makbul.
abah balik sembahyang je terus aku bagitau abah terus buat sujud syukur. depan pintu. gembiranya dia. dan buat pertama kali sepanjang 18 tahun aku hidup ini lah kali pertama aku tengok abah nangis gembira sebab aku. then abah peluk aku.
bila mak & abah dapat tau aku dapt maktab durian daun kegembiraan dyorang jadi kuasa 2. haha.
 pastu abah & mak terus gi jalan2 cerita kat jiran aku dapat maktab semua. bangga nye dyorang. aku lak yang malu.hehe. abah kate kalau boleh abah nak wat pengumuman kat masjid sebab terlalu gembira. aku cuma ketawa je.
mak, macam wani janji kan, kalau wani dapat maktab ni lah hadiah wani untuk mak. mak, ni untuk mak. terima kasih mak. sayang abah jugak!!




p/s: dapat tangok juvana lama sikit..
tahniah ain!
jusa fatahul jusa..
ina, thanks sebab teman aku interview.. :)

Wednesday, May 18, 2011

aku di alam fantasi !!!

assalamualaikum
ola ola ola.. kalau entry yang lepas2 aku rewind, entry kali ni aku fast forward lak ye..kasi adil la kan..haha. well, seperti yang sedia maklum aku ni memang kaki berangan. macam2 aku berangankan. jadi org kaya, study luar negara, sesat dalam hutan, hidup susah, bercinta dengan matluthfi, ada keluarga yang harmoni dan sporting(realiti pun harmoni pe..) bersahabat baik dengan johnny depp dan nicholas tse  and macam2 lagi la..hehe. malu pulak rasenye.huk3.
kali ni aku berangan pasal aku jadi gadis kampung. maksud aku the real kampung ok! aku berangan sebab aku ternampak sawah otw hantar kak ya.

tiba2 aku terasa teringin nak hidup macam tu.teringin sangat!
aku bayangkan aku ada sebuah rumah kayu melayu lama yang ada laman yang luas dan sekikilingnye ada sawah padi yg menghijau. laman tu di hiasi pokok2 bunga kertas yg dalam pasu then ada sebatang pokok rambutan yang rimbun kat depan laman. kat tepi rumah ada buaian kayu then ada pokok ceri. pastu aku pulak pakai kain batik berbaju kurung kedah sambil memakai selendang(yg mcm org dulu2 tu). then kalau nak gi mana2 pun naik basikal yg ada bakul. best nye! kebanyakkn org nak pergi jalan2 pun naik basikal je. udara pun segar kalau macm tu! hee. pekan yang ada pun macam pekan lama redup, tenang, sederhana, kayu.
kat rumah aku lak semua ahli keluarga aku ada dan hidup bahagia je. ada atuk dan nenek yang sayang aku. well, aku kan tak sempat merasa kasih seorang atuk. nenek pun kejap je. pastu dyorang meninggal dunia. rumah mak cik pak cik aku pun selang dua tiga rumah je. pergi rumah dyorang naik basikal. wee
pas tu aku ada bela ayam dan itik. pagi2 bagi ayam itik aku makan. tolong mak menyapu laman rumah. petang2 aku duduk kat pondok kecik tengah sawah sambil di temankan kucing aku comat sambil tengok budak2 kecik men kat tepi sawah. pastu ada budak kecik bagi aku surat cinta dari peminat rahsia aku. gembiranya. cuaca cerah awan bergumpalan, burung berterbangan, ayam itik berkejaran, comat tidur kat pangku aku. best nye kalau jadi realiti !!!
ye! aku tahu korang mesti cakap aku sakai sebab macam tak pernah duk kampung je, padahal rumah pun kat kampung. tapi u olls kampung i tak macam kampung la... aku nak kampung yg betul2 kampung. ori punye.
bestnye kalau aku anggan kan tu jadi kenyataan. aku teringin nak hidup macam tu. sederhana tapi gembira. semua happy termasuk flora dan fauna..hikhikhik. well, sekarang agak susah nak cari kampung macam tu. kat sawah dan semua orang cume pakai basikal je. hukhuk. hurm..one day nanti nak beli rumah tengah sawah la. mesti best kan. hehe....


p/s: menikmati alam yang indah!

Tuesday, May 17, 2011

selamat hari jadi mak...

assalamualaikum

entry kali ni ditujukan khas untuk my dearest mom yg tgh sebok duk masak kat dapur (eh? mknenye aku tak tolong dy masak la ni..haha) walaupun wani tau mak memang tak kan baca blog wani ni. macam tak da kerja je kan mak nak baca blog anak gedik manjamu ini.haha. mak sori la tahun ni tak da hadiah almaklumla duit dah banyak habis beli barang tuk further study dan maaf jugak sebb lambat perasan hari ni 18/5. maaf ye, wani kan dah tak sekolah sekarang ni so, hari apa pun wani pun tak pasti..haha. lagipun mak pernah cakap kalau wani dapat masuk maktab tu la hadiah terbaik yg pernah dapat. jadi, kite doa banyak2 supaya wani dapat maktab ye mak.. :)sayang mak....
mak, mak ingat tak hadiah pertama yang wani bagi kat mak? hiasan kristal bentuk angsa tu? mak simpan lagi tak?? kalau mak tak ingat kita flash back sama2 ye mak... mak tau tak seminggu sebelum hari jadi mak wani dah pergi survey hadiah tu kat kedai yg baru bukak time  tu. ala..kedai sebelah kedai abang joe tu la. ingat tak mak? masa tu wani darjah 4, mak tak kasi wani pergi kedai kalau tak da mak tapi wani pergi jugak senyap2 dengan siti. maaf mak. 
sehari sebelum birthday mak....
wani dengan murah hati dan rajin nye tolong mak buang sampah kat bawah. masa tu lif rosak kesian mak nak buang sampah kat bawah la kononnye jadi wani pun tolong mak padahal time tu nak cari alsan nak pergi beli hadiah kat kedai. maaf sekali lagi ye mak.huu. lepas mak bagi wani buang sampah tu wani terus berlari turun tangga buang cepat2 nak cover masa. ye la kalau lmbt2 sangat pelik la kan buang sampah je tapi lama bebenor. lepas tu wani terus pergi kedai nasib bek tempat buang sampah dengan kedai dah tak jauh. sampai je wani terus amek hadiah yang wani dah aim selama seminggu tu.hihi.
lepas bayar singgah kedai len beli jajan jap. sempat agi tu.hehe.. then, wani terus berlari balik. nak nek tangga tu yg tak menahan penat tu. tingkat 5 tuu. wani sampai jatuh tangga sebab nak cepat sampai rumah. tapi wani selamatkan hadiah mak dulu. sakit len citer. melecet lutut wani time tu. tapi demi mak den relo mak. hehe
disebabkan tak nak mak nampak hadiah tu wani sorok dalam baju.hehe. nasib bek mak kat dapur time tu tengah masak minum petang. wani terus masuk bilik bile sampai rumah sorok kan hadiah tu. mak tanya kenapa lambat, wani jawab singgah gerai kat bawah beli jajan.huhu. sori ye mak.
wani terus balut hadiah mak tu. maaf sebab buruk balutan tu. first time balut hadiah jadi paham2 je la ye mak.hehe.
pagi2 lagi lepas wani bangun tido nak pergi sekolah wani bagi hadiah tu kat mak. masa tu mak kat dapur tengah buat sarapan. wani cium mak peluk mak then, bagi hadiah tu kat mak.

wani: selamat hari jadi mak. ni untuk mak..
mak: terima kasih sayang. mana dapat duit ni nak?
wani: sama2. hehe..adalah..:D

mak, kalau mak nak tahu wani dapat duit tu dari tabung. wani korek tabung simpanan wani.hehe. maaf ye mak.haha.
mak, wani tahu mak nak sangat wani masuk maktab. wani ingat mak pernah cakap kalau wani masuk maktab mak la orang yang paling happy. walaupun dulu wani gila2 tak minat jadi cikgu tapi demi mak wani mohon jugak. lepas tgk mak sungguh2 nak wani masuk maktab sekarang hati wani pun dah terbukak nak pergi maktab. doa mak kut.hee. mak kalau wani masuk maktab tu kira hadiah hari jadi wani tuk mak la ye. kalau wani tak dapat masuk maktab pun wani tetap akan berusaha belajar betul2 kat matrik pas tu amik TESL dan jadi cikgu. macam yg mak harapkn. wani janji. ppepun selamat hari jadi mak..sayang mak!


p/s: terima kasih sebab buat kat lempeng pisang..memang klas la mak! terbaek!!

Friday, May 6, 2011

diploma sains geomatik

assalamualaikum

amaran:entry ini mungkin entry yg agak panjang antara entry2 aku yg lain. entry ini mengadungi nukan 100% fakta. segala fakta yg ado dalam entry kali ini berdasarkan kajian aku di internet semata-mata. sebarang ketidak ketepatan fakta didalam entry ini harap dimaafkan kerana aku hanya lah seorang pelajar lepasan SPM yg tidak pernah mempelajari sains geomatik ini. HARAP MAKLUM!
aku bagai diseru-seru untuk menulis entry setelah muncul nye beberapa conversation seperti ini:

kawan: ko dapat upu tak?
aku: dapat.
kawan: kat mne? kos apa?
aku: uitm. dip. sains geomatik..
kawan: apa tu???
aku:  . . . (bunyi cengkerik)
kawan: kenapa ko pilih?
aku: ni pilihan ke 6 or ke7 aku doe...


oleh disebabkan tetibe rumah aku jadi ada  bnyak cengkerik dan aku rasa bagi korang yg masih blur2 pasal diploma sains geomatik ini maka, dengan murah hati aku nak share apa yg aku dapat hasil research aku di google, i luv islam, facebook, wikipedia dan di blog2....ayuh mulakan!!
dahulunya nama lain bagi sains geomatik ini ada ukur tanah. namun akhir2 ini nama kursus itu telah ditukar ke sains geomatik sebab nak kasi komersial sket. so, kesimpulannya  sains geomatik dan ukur tanah adalah perkara yg sama(bnda yg di belajar pun sama).
Geomatics ni sama dengan GIS saya ada mention dalam thread lain, consist of land surveying, satellite imaging, GPS etc. In a nutshell, Geomatics or GIS, ni kerjanya untuk collect spatial data. Dengar macam sikit, tapi spatial data ni complicated, tak macam database company jual kereta sebagai contoh. Antara contoh spatial data, yang mudah seperti elevations on a certain area, data macam ini boleh di represent as contours line atau dengan 3D. Data yang 'UP' sikit mungkin seperti precipitation vs evaporation distribution over a land. Skop pekerjaan IMHO, luas juga, dari duduk mengadap computer sampai kerja bawah matahari. Gadget-gadget yang digunakan dalam geomatics selalunya sangat fancy, barang paling fancy orang geomatics handle, mungkin satellite itself kot, but itu depends la kan kat mana you kerja. Nak kerja apa? paling 'koman' pun surveyor la (which is quite ok jugakla walaupon bekerja dibawah matahari most of the day). kalo dapat project mapping area shoreline atau hutan chances boleh pandu kapal terbang sendiri. Data-data Geomatics/GIS sangat penting antaranya dalam construction, nak buka kawasan penempatan baru, buat bangunan jalan dan sebagainya. Maklumat seperti elevation tanah penting untuk calculate kos dan phase meratakan tanah untuk construction. Data seperti rainfall/runoff distribution sangat penting untuk meteorology, hydrology dan construction, nak determine kawasan tadahan hujan untuk direzabkan, untuk design dam, stormwater discharge etc. Data ini juga sangat penting untuk research seperti Global warming. Infos on temp, rainfall, aerosol GreenHouse gasses distribution diperlukan untuk melihat impact climate change on an area. Dalam Law pon spatial data juga sangat diperlukan esp dalam isu tanah. Google Maps dan Google earth adalah satu contoh Geomatics practice. Maklumat untuk navigation juga adalah contoh spatial data. Contoh paling senang GPS. Maklumat dari GPS dan spatial data lain juga penting dalam ketenteraan, untuk menyusun strategy, espionage dan sebagainya. Bidang Business/marketing juga menggunakan info yang sama. Contoh obvious mungkin bidang hartanah dll. The good things about Geomatics, ramai orang x tau ada such courses, walhal keperluan dia pada hemat saya sama penting seperti kerjaya lain. (yg ini aku copy n paste je)
ye!!! aku paham korang blur kan. mcm aku masa mula2 baca. meh aku ringkaskan.. maksud penulis yg baik hati di atas ini adalah is all about data. kalau korang minat bab kumpul2 data baca2 data..why not? (aku tak......) 
sains geomatik pun ada 3 jenis semua sekali : sains geomatik, sains geomatik (geografi infomasi sistem) dan sains geomatik (sumber alam).ahaa.. bagi untuk sem 1-4 apa yg dibelajar oleh ketiga3 jenis ini adalah sama cuma time sem 5&6 je lain sket. yeah... dan pasti kepada korng2 yg lebih sayang  kulit korang dari segalanye tak yah masuk la kut. sebab bidang ni korg byk lepak bawah cahaya mentari yg indah lagi bergemelapan..kui3...

gmbr ni tak da kaitan dgn entry ni..tension dah wat research hiburkn ati lak..hahaha


kursus ini ada beberapa subjek yg perlu dipelajrai bagi kursus ini. antaranya ialah: 
  1. pengenalan ukur
  2. matematik(add math juge sebenarnye)
  3. fizik
  4. bahasa inggeris
  5. computer concept
  6. agama islam
  7. koku
(kalau kurang sila tambah kalau lebih sila potong..hahaha)

okeh.. sebab no.2 and 3 tu la aku pikir berjuta kali nk masuk or tak...dan  yang paling menyenangkan hati nye mereka2 juga berkata bahawa kursus ini banyak calculation and mcm aku ckp tadi terdedah kpd outdoor enviroment. rata2 dari kajian aku bahawa calculation nye seperti add math. so?what say u..hahaha.. me? no! haha.
actually aku minat study outdoor ni sebab tu aku pilih dulu. tapi.. add math dan fizik yg melemahkan kaki dan hati aku. bagi lelaki korang tak da hal kut aku rasa la. sebab rata2 aku baca time kerja memang pelbagai mostly bgi lelaki gaji pun agak mantop!! bile time kerja lelaki most kerja kt site and while girl kerja dlm ofis. cume yg tak best yg aku baca la ye.. yg perempuan byk yg bile time kerja out from this field. ada yg jadi clerk, housewife..erk??
so, bnda2 cenggini memberatkan hati aku untuk time tawaran ni. 
so....aku rasa setakat ini sajalah entry aku kali ini.. sebarang soalan sila lah aju kan di facebook, chatbox kat sebelah ni ha or nk komen pun bole..kalau nak tgur kesalahan aku pasal fakta benda alah ni pun di alu2 kan..sekian..wasalam..



p/s: owh asasi TESL..kaciwa nya daku..harap2 maktab aku dpt or else ke matrik la aku..uhuhuhu

Sunday, May 1, 2011

antara kehendak dan perhubungan

assalamualaikum..
ola2..kali ni aku malas nak wat intro panjang2, meleret2, merapu tanpa kompas. aku pun kurang mood nak sewel2 sangat malam ni. actually aku stress sangat malam ni! ayuh la kita lurus ke cerita..
kalau korang la kan antara kehendak korang atau lebih tepat nye perasaan korang dengan perhubungan mana korang pilih??.. tak paham? ok aku bagi situasi..
korang di shoping mall bersama pakwe/makwe abang korang teman dy dating. korang bawak duit RM60 je then, korang nampak kasut sembonia idaman korang dan secara kebetulan time tu tengah sale lak. dulu tak beli sebab mahal naw. duit korang pun cukup2 je nak beli kasut tu..then, tibe2 abang korang datang kat korang............

abang: dik, pinjam aku RM50 eh?
korang:???????
abang: aku nak belanja awek aku makan ar..duit aku habis buat beli beg LV tuk dia la..pinjam je, sok aku bayar. aku janji. kita kan adik beradik. tolong ar, pehhhlissssss.....

dan nak dijadikan cerita hari tu merupakan hari last sale tuk kasut idaman korang tuh.. so, apa korang nak buat guna duit korang untuk beli kasut sembonia yang korang idam2kan dari dulu lagi kalau tak beli hari ni say good bye forever la atau tolong abang tersayang korang yang merayu macam baby tak cukup susu sebab nak belanja awek gediknye cunye tu? antara abang dan kasut idaman korang mana korang pilih???

vs

so. faham sudah kan situasi nye. kalau korang tolong abang korang kompem dengan perasaan terpaksa macam nak kene hukum mati punye dan rasa sedih  plus terkilan yang amat bcoz kehilangan kasut idaman. tapi kalau korang beli kasut tu korang akan rasa bersalah sebab tak dapat tolong abang kesayangan korang tu sebab muncung abang korang akan jadi sedepa plus tetiba jadi bisu and hilang ingatan kat korang in other word merajuk and paling membimbangkan berniat nak balas dendam kat korang..huu..
to be true i hate this situation. aku berani bertaruh la tak da sapa dalam dunia ni suka situasi tersepit macam tu. kalau ada yang suka tu aku suggest kan buatlah some medical check up ye..maybe something going wrong somewhere in your head..huuu.. aku lebih rela lipat baju satu bulan punya basuhan dari hadapi situasi macam ni..serious. bak kata pepatah indon maju kena mundur kena diam pun kena... antara perasan sendiri dan dan perasaan orang lain.. sampai sekarang aku masih belum jumpe solusi yg berkesan nak tangani situasi ni..



p/s: pepatah melayu > ditelan mati mak diluah mati bapak......(aku pilih kemam..hehehe)

Friday, April 29, 2011

the twenty(versi wani)

asslamualaikum
oleh disebabkan en. fatahul nizam telah meng'tag' nama aku kat entry the twenty beliau(dengan penuh ke'blur'an aku terlihat nama aku di'tag') , maka aku pun rasa terpanggil untuk menulis pasal 20 perkara dalam diri aku. so, let's cekedaud ada tak sama dengan en. fatahul, cik, amalina, cik. izzah dan juga insan2 yg di'tag' oleh en.fatahul........
  1. suka tido dalam kelas tak kisah la kelas apa pun aku mesti boleh tido punye...
  2. makan dalam kelas sebelum dan selepas waktu rehat lagi2 plak time ckgu tgh ajar..
  3. membayangkan watak hero komik adalah pakwe sendiri sebab hensem sangat..hee
  4. sangat tergila-gila kan johnny depp dan lee min ho..kalau nampak dyorg terus jatuh cinta...
  5. suka cakap sorang2 bila dalam bilik terutamnya depan cermin..berlakon kah?(cikgu aku ckp yg suka ckp sorang2 ni otak dy pandai..ehem2..)
  6. menyanyi dalam bilik air kuat2 tanpa menghiraukan org yg dgr tu berdarah ke tak telingga nye..
  7. bila time mandi mau makan sejam baru aku keluar bilik air..
  8. paling tak suka lipat baju..(aku pun tak tau knpa)
  9. suka manja2(gedik in the another word) dengan mak sendiri sampai mak aku cakap: "eh ko ni rimas aku la.."
  10. selalu terlampau emo bila tengok citer kat tv..huuu
  11. suka bunuh semut guna ubat nyamuk yg melingkar2 tu sebab bila cucuk kat semut ada bunyi 'kelitik'..nak2 semut api..perh..favourite...
  12. suka buli kucing sendiri sampai kucing aku merajuk dengan aku..huuu
  13. selalu tido atas sejadah dengan pakai telekung bila tgh down..
  14. geram bila tengok hujan lebat turun sebab bapak aku marah main hujan..
  15. tak berapa nak reti pakai high heel..tak sah klu tak jatuh time pakai...
  16. sangat suka dengan binatang cute2 macam kucing, arnab etc.
  17. akan megesek2 kaki sendiri sebelum tido....
  18. sangat anti srangga ada sayap termasuk rama2..tapi klu srangga berjalan boleh terima agi...
  19. setiap kali masuk makmal komputer time add math GTA wajib bukak..heee
  20. kuat mengigau time tido..terutama kalau tido kat tempat tak biasa...

hoho...perkara di atas adalah benar semata2 tiada kebohon
gan..sebenarnya aku sangat malu ketika menulis 20 perkara tersebut..banyak lagi sebenarnya tapi disebabkan tajuk the twenty maka 20 je la.. no.20 adalah tabiat paling buruk dan paling payah nak hilang..hampir tiap2 mlm aku menjerit2 ngigau...aku rasa kalau aku mintak tolong betul2 mesti org ingat aku ngigau gak kan..huhu...


p/s: doakan blog aku selamat...aku nak kerjakan blog aku ni...huhu....

Wednesday, April 27, 2011

aku ni . . . . . .

Assalamualaikum
Tadi aku tengok citer isteriku zulaikha untuk kali ke2 nye. Pertama kali tengok citer tu masa status aku dirujuk dan sekarang ni aku tengok dengan status janda berhias. Ok, abaikan. Citer ni memang sedih(hujan aku tau!) but ada sense of humor. Citer nye pasal sepasang kekasih yg tak dapat izin dari mak lelaki ni nak kawin then mak lelaki ni kawinkan laki ni dengan gadis lain. Isteri ni syg giler kat suaminye tapi suaminya tak cinta dan masih mencintai awek lama dia. Belakang si isteri ni suami jalin hubungan dengan awek lama tu. Dan tanpa pengatahuan suami isteri tu meminang perempuan tu sebab dia rasa dia perampas kebahagian suami dan awek tu. Paham tak? Aku pun dah pening macam ne nak citer kat korang ni. Susah sangat korang tengok la sendiri, kat gua ke tonton ke ye?.


Point aku yg hakiki disini ialah..astaragfirullahalazim, baik nya isteri laki tu. Sangup pi pinang pompuan lain untuk laki dia semata-mata utk kebahagian laki dia. Payung emas menanti anda! Kalau aku aku tak sure la  mampu ke aku jadi sebaik tu kalau aku betul2 alami situasi tu. Mak aku pun ada cakap...

Mak:Ada ke perempuan baik macam tu kat dunia sekarang ni 
Aku:  . . . . . . . . (bunyi cengkerik)                  

 Selepas tengok citer tu tetibe ada sebuah cermin muncul depan aku. Ok, seram pulak bunyi nye, tukar scene. Aku duduk depan cermin dan tertanya kat diri sendiri aku ni baik ke??apa maksud perempuan baik??aku jenis perempuan yg menangis sebab korbankan kebahagian sendiri untuk kebahagian org yg aku sayang atau aku membina kebahagiaan atas air mata perempuan lain??. . . . . . . 




P/s: jap2 nak tnye...jiwang ke entry ni??

Tuesday, April 26, 2011

hari-hariku tanpa FB

assalamualaikum..halu halu...ahaha..hai u olls...ingat semalam nak update blog tapi disebabkan aku tengah asyik layan satu benda sampai blog pun aku lupa..kehkehkeh..aha..seperti yang korang sedia maklum(pe tak tau?? ni yg nak bagi tau ni..) aku, Ina dan Ika telah membuat satu perjanjian berani mati(wekk) yakni tak boleh online FB selama 3 hari bermula semlam..ahaha..jangan tanya aku pe kejadah kami melakukan ini semua..ahaha..ye2 aku tahu macam sengal2 je kan...well, macam tak biasa lak korang ni...huuu...
cadangan perjanjian tidak berpekdah ni datang dari cik Mieka..lantas dipersetujui oleh cik Amalina dan akhirnye aku terpaksa jugak join walaupun aku tak berapa nak join..nama pun terpaksa kan..tak kan dengan gembira hati lak..pe la korang...
then, disebabkan hal aku tak boleh on9 FB maka aku cari la hiburan baru...untuk menghilangkan rasa bosan aku ni ha...so ni adalah jadual aku tanpa FB:
  • 12-1 pm (tegok tv cter korea)
  • 1-9pm(aku sendiri tak sure aku buat apa..hehe)
  • 9-11 pm(tgk tv)
  • 11-3am(tgk dvd korea)
  • 3-6am(layan node games..haha)
  • 6-12pm(aku tido)
 
 
ahaha..gudbye fb..kah4
 
ye...sebaik sahaja aku offline FB aku terus jadi ahli Node games..syiok wow...pasni tak da Fb pun tak pe kut..hahaha..macam2 games aku layan..keh3..ahaha..time utk wat aktiviti tak berpekdah lak..(buli anak kucing aku..ahahaha) daa u olls...

p/s: asal hang tak kol agi..mata aku dah sakit nih...hehe(gedik!!)

Saturday, April 23, 2011

rindu pada yang tiada

salam sejahtera pada readers and stalkers...ahahaha..lama tul aku tak updates kan tetibe rase macam nak menulis pulak malam ni...huu...hurm...dah tengok tajuk entry ni di atas? rase mcam jiwang semacam je kan (aku pun tak sangka aku nak tulis pasal rindu2 ni..huu)..bile aku tengok kat facebook ramai pulak yang tulis pasal rindu2 ni, aku pun terpanggil utk tulis entry ni...(to be true aku sememang nye tgh rindu kat si "dia"..aku serius ni...)


well, of course la kite akan rindu pada yang tak da kan..nama pun rindu..mengikut kamus dewan dan pustaka rindu bermaksud perasaan ingin bertemu pada seseorang (tetibe jadi rajin bukak kamus..hehe)..so, agak mustahil kite nak rindu orang yang ada kat depan mata rite? maka, sudah menjadi adat dunia dan lumrah manusia untuk merindui sesuatu yang tak da kat depan mata lebih2 lagi yang bukan lagi jadi milik kita... bila ada kat depan mata kita buat endah tak endah je kan..ye la ada kat depan mata kan hari2 nampak...tak heran ler... tapi cuba "dia" dah tak da masa tu baru la mula nak rindu la, nangis2 la, tidur malam termimpi2 la dan macam2 la... tapi usually masa kita mula rindu pada "dia" dah terlambat kan? rindu kuat macam mana la tapi "dia" tetap tak kan datang kat kite kan...time tu la baru nak nyesal asal la kita tak hargai "dia" dulu...dan time tu gak la macam2 jenis 'kalau' akan keluar kat mulut korang ni seperti: 

kalau la aku ada mesin masa macam nabil..(ahahaha)
kalau la "dia" masih dengan aku... 
kalau la aku tak buat "dia" macam tu dulu...

aku percaya ntah macam2 'kalau' akan keluar time tu kan?..but there's nothing u can do...everything just to late for your sorry...sedih kan? menyesal kan? aku tahu korang dah lama sedar pasal hal ni..tapi still lagi nak wat perkara yang sama tak hargai "dia" la,  abaikan "dia" la..macam2 lagi la... dan, yang paling aku tak paham bukan korang tak pernah buat kesalahan tu..pernah...banyak kali maybe..tapi kenapa korang tak belajar dari kesilapan..orang kata buat salah yang pertama tu pengajaran tapi kalau yang kali kedua tu kebodohan..kali ke tiga mcam ne pulak?? dah kalau kali kedua tu bodoh kali ke3 tu pandai2 la korang pikir ye....huu..so, hargai la "dia" layan "dia" selagi masih ada masa ni..kalau tak nanti korang yang nyesal...
aku pun turut akui aku pernah wat macam tu..then memang aku menyesal giler..and sampai sekarang aku masih rindu "dia".."dia' baik kat aku..cuma aku je selalu abaikan "dia".. aku menysal giler..sebab..sekarang "dia" dah jadi arwah.. bila dah mati baru hampir tiap2 hari aku melawat kubur "dia"..bagi aku tak da siapa mampu ganti tempat "dia", "dia" la satu2 nye kucing yg paling aku sayang... comat nama beliau...aku jarang nangis bile kucing2 aku mati..tapi bile comat mati..aku nangis..dan aku masih peluk dia walaupun dah dia mati..dia kucing paling manja dengan aku..selalu tido dengan aku..hiburkan aku bila aku tengah down, selalu duduk atas pangku aku, selalu jadi "body guard" aku...akak rindu la kat comat..comat... :'(

sebijik macam comat masa baby dulu..huhu..comat!!!



p/s: yang pasal kucing tu aku serius k..aku tak main2..tak caye meh tgk kubur dy meh..huuu

Tuesday, April 19, 2011

interview TESL (pengalaman)

assalamualaikumwarahmatullahhibarawakatuh....baik la sila duduk ye anak-anak..hehe..(praktis jadi cikgu) okeh...hang pa semua yg dah baca entry interview TESL yang lepas mesti korang dah tahu bahawa senye aku menghadiri temuduga pada 16/4 (UiTM) dan 19/4(IPG) ni....(maaf kalau ada yang terasa tertipu pasal entry tu..heh..) okeh...kali ni aku akan totally citer pasal pengalaman aku dan maybe berkongsi sedikit tips...maybe la...haha..

firstly kite start kat interview TESL kat UiTM ye... seperti yang korang jugek tau bahawa aku dan en.fatahul menghadiri temuduga yang sama pada hari yang sama dan juga tempat yang sama...aku bersyukur sangat2 sebab ada geng..heh.. pertama2 sekali aku dan calon2 tesl ni pun masuk dewan untuk ujian bertulis..aku dan en.fatahul mendapat panel ke dua..(smua sekali ada 3 panel) ujian bertulis(30 minit) tu lebih kurang mcam soklan SPM B.I tapi lebih simple la...15 soalan reading comprehension dan satu soalan pasal writing..and guess what? soalan writing tu pasal facebook...hahaha... ok..pastu kami berangkat ke tempat temuduga..namun disebabkan nama aku and fatahul ni agak lama lagi utk dipanggil so, aku follow fatahul berkelah kat kereta beliau bersama-sama ibu beliau..hee..selepas tu kami pun gi balik kat tempat temuduga tu..tunggu punye tunggu tibe le giliran en.fatahul..dalam 15-20 minit fatahul pun kuar dengan muka lega dan tenang...pastu fatahul pun share le soalan pe yg ditnye...then, lepas tu time break (turn aku tak tiba agi) disebabkan terlalu lama aku suruh fathul balik dulu..pastu aku teruih gi surau nak sembahyang..balik dari surau tu (hujan agak lebat) aku dgn kontrol ayu+comel menuruni tangga dan tiba2!! kelepek..aku jatuh tangga malu dan sakit tak yah citer la..(semua pandang lak tuh!!) then pukul 2 sambung balik tak lama pas tu turn aku..dgn hati yg kacau+nervous aku pun masuk...(debar2 nih!!) aku jawab semua soalan mereka..dengan nada orang nak time hkuman gantung..haha..soalan yg ditnye ialah...
  1. tell me about your kampung.(nak aje aku jawab, ada byk durian nme pun bkit durian hehe..)
  2. tell me about your self
  3. what do you do in the free time(facebook time...)
  4. what of advantanges of facebook(aku tau korg mesti ley jawap..heh)
  5. who is minister of education(thanks abah..sbb gtau wani..hehe)
then muka dy ala2 tak puas hati bile tahu aku tak masuk debat...mimik mereka agak me-psycho hotak aku nih...TAMMAT

okeh..time story for IPG...hehehehe...sape kate interview IPG susah tahap dewa??!! sape?? huh..wat penat je aku risau setengah mati..padahal simple je interview..and2....BEST sangat..hehe..aku gi interview bertemankan awek kesayangan aku cik. Amalina..interview tu ada 3 sesi semua sekali.. ujian INSAK(akan ku story pe bende alah ni), interview berkumpulan(ni yg korang takut ker??) lastly individual interview... ujian INSAK ni ada 135 soalan yg perlu dijawab dalam 30 minit..pe?kejap je? soalan senang tak kan nak bagi sampai 5 jam kut..hagak2 le.. INSAK ni totally to determine our personality..sape yg pernah masuk bilik kaunseling mesti pernah jawab soalan2 personaliti ni..don't worry soalan ni tak da kaitan dengan PIPP ke, PPSMI ke grammar ke or whatever la...then sebaik je lepas ujian tu aku pun gi sesi 2 lak yakni interview berkumpulan...dalam satu kumpulan ada 6 org..so, kami dibagi satu tajuk then bincang...dalam bahasa melayu..haha..best kan? aku dapat tajuk perlancongan...bantai citer je..dalam satu bilik satu kumpulan...jgn risau la sape yg bakal di temuduga tu ye..interviewer tu pun kind a nice guy...boley make u olls relax..hee..then, tibe la saat dan ketika utk ditemuduga(nseb bek aku tak jatuh tangga agi kali ni..hehe) masuk je bilik tu dy suruh duduk..then mcm soalan biasa la tanya...
  1. tell me about yourself(citer skali pasal knpe nk jd ckgu)
  2. what kind method will you use if you be a teacher
  3. apa pandangan awak tentang pendidikan seks
  4. awak tahu pasal kksr?(thank god aku ada wat research pasal bnda ni)
ahaha..yang paling best nye soalan no.3 dan no.4 ni dalam bahasa melayu...apa??tak pecaya..mula2 aku pun..macam eh? sure ke ni? tapi lepas dy sruh aku jawap dlm bahsa melayu plus sememangnye dy pun tnye dlm B.M aku pun jawap le...(tak bek ingkar do..haha)aku nak ingat kan sila wat preparation pasal latest news of education... ahaha..aku pun macam tak caya je..penat2 aku risau setengah mati pasal interview yg korang cakap macam nak gi hukum gantung je tu..tapi alhamdulillah semua bagi aku tidak lah sukar macam yg aku bayangkan je...tapi pepepun semua bergantung pada rezeki kan..aku pun tak ley cakap lebih2 sebab aku tak tau takdir aku macam mana agi kan...so, doa2 la aku dapat tawaran dari kedua2 yg aku gi interview ni ye??syang korang lah..hehe

doa2 le aku dapat..aku dh jatuh ati lak pada TESL ni ha...huhu





p/s: thanks to fatahul becoz give a lot of info..thanks to my beloved sebab sudi teman aku ye....pray the best for us ye u ollss...hehe

Saturday, April 16, 2011

khas untuk awak...=)

assalamualaikum...entry kali ni merupakan epilog kepada entry note untuk awak.. ye! saya tau mana ada entry note untuk awak kat blog saya ni...tapi post tu memang ada tapi saya tak publish pun... kenapa??? awak...awak adalah sebab saya tak publish post tu....saya dah habis tulis dah siap dah masuk gambar pun dan note tu semata2 untuk awak..khas untuk awak..dengan penuh perasan saya tulis tau..saya tinggal nak tekan button publish tu je...then tiba2 saya dapat mesej..mahu terhenti jantung saya bila baca mesej tu...pastu saya terus mesej awak...nak kepastian la kononnye...dan selepas tu awak sendiri tahu apa yang jadi kan..so, tak yah la saya citer panjang2 ye dak??..

 hurm..no komen...

okeh... saya bukan nak citer pasal saya sedih kehilangan awak ke ape ke...maaf la kalau kesedihan saya tu yang awak nak baca...(memang tak la aku nak tulis kat sini..no time for that man..) apa saya nak tulis ini adalah untuk bagitahu awak bahawa saya dah ok sangat2..tak yah la awak nak pikir saya melewei sebab saya hilang awak...kalau setakat ape yang awak dah buat kat saya tu saya rela kehilangan awak sebab apa guna saya disisi awak jika bukan saya dihati awk dan awak terus sakitkan hati saya kan.. plus, saya langsung tak menyesal dengan keputusan saya malahan saya tak da la sampai terlampau sedih sangat...tipu la kalau saya cakap tak sedih langsung kan... tapi setelah saya betul2 tahu perbuatan awak di belakang saya bersama2 wanita2 lain saya rasa sangatttt bersemangat untuk prove kat awak saya memang tak perlu kan awak.. cukup la peluang kedua yang saya bagi kat awak tu, no more chance after this..ENOUGH...saya rasa kalau berapa banyak peluang pun yg saya bagi awak tetap tak kan berubah kan... malahan saya bersyukur sangat2 kerana saya masih tak melanggar hukum allah semasa dengan awak..(bersentuhan pun tak tau..baik tak aku korang? haha) saya bangga sebenarnya!!! ahahaha..
saya rasa janji antara awak dan saya tu dah tak boleh pakai lagi dah kut sebab orang yang berjanji tu pun dah tak wujud lagi(macam kenal ayat ni) saya bukan macam dulu..saya dah berubah..berubah untuk menjadi orang yang lebih bijak menilai...kalau dulu saya percya je kan..sekarang tak agi  tau! lagipun saya rasa bukan saya orang yang patah kan janji kita..tapi awak..awak yang ingkar 5 janji dan syrat saya tu..awak ingat lagi tak janji dan syrat tu??... tak pe..tak yah jawab saya dah tahu awak dah lupa..tapi saya malas nak ingatkan awak..biar tuhan je ingatkan awak ok...(uihh..dalam makna tu..)
ye...last but not list...jgn risau saya tak berdendam pun...awak kan kenal saya macam mana kan....(konon la..) but for your infomation saya takkan tunggu awak lagi..tak kan..never ever u know... dan terima kasih banyak2 segala apa yang dah bagi kat saya..(jangan nak bangga diri pulak..ni perli sebenarnya..huu) thanks a lot... =)
(saya harap awak dapat baca ni..walaupun saya tahu agak mustahil awak nak baca blog saya ni..ye la saya kan kena sangat dengan awak...sangat la kononnye..huu)

saya bebas dari awak..no more worried



p/s: + kalau ada yang sakit hati, berdarah ke..maaf le..aku cume luahkan pe yg aku rasa je..aku ada hak kan...freedom of speech, freedom or selfexpression..kuikuikui
      + citer pasal tesl tu biar aku citer in the next entry sekali lepas interview ckgu la ye.. =)            
+ oh ye to my reader..cecari pe yang tak da kat blog aku ni..ahahahaha                            

Tuesday, April 12, 2011

interview TESL

assalamualaikum...(sopannya anak sapa la ni...ahaks) hahaha...hahahaha lagi...(ketwa tanpa henti) tarik nafas...hembus...kawal perasaan...heee.. okeh..sekirannya anda berfikiran bahawa saya mahu menulis mengenai tips untuk interview TESL..maka baik la anda jangan baca blog saya ini..kerana ia hanya akan mengecewakan anda...ahahaha... aku tak main2 aku memang bukan nak tulis pasal tips sebab aku pun belum mengalami lagi interview TESL tu..hehe..
apa yang aku nak tulis adalah perasaan gembira, senyum sampai tahap 360 darjah(mengalahkan happy time aku tulis entry the most happy day yg mcm HawaU tu..ahahaha) syukur tak terkata ke hadrat illahi sebab kerana layak utk ditemuduga pada 16/4/2011 ini kat UiTM Lendu..heee... pe? ko kate aku kepoh baru layak temuduga je pun bukan layak masuk U teruih pun..... ye2...aku paham..tapi kalian tak tahu kah ini merupakan langkah pertama aku untuk further study dgn cerahnya....haha...masa mula2 cek tu punya la berdebar pandang pun men intai2 je...bile dy tulis layak je happy nye hati cume allah je yang tahu...weee...

muka aku skang ni macam ni la..kiut nye aje ye..ahakss
yang tu citer pasal keputusan temuduga TESL UiTM la...sebab ramai yg kate temuduga tu senang...kan...(dengan mimik muka mencaari kepastian)
yg ni lak citer pasal temuduga IPG...isi no. ic tekan button semak... perkataan pertama TANIAH.. ok la...tak da la se happy time tengok keputusan TESL UiTM tadi...wanna know why?? because the interview is kind a quite though interview..people said la....plus bile aku nampak je apa yang aku perlu bawak untuk interview ini aku macam terdiam 5 saat..huuu..

Arahan :

Sila ambil perhatian kepada perkara berikut. Anda dikehendaki mencetak :



i) Surat Panggilan Temuduga (owh..senang je ni..)

ii) Borang Maklumat Diri (hurm..boleh la...)

iii) Kertas Penulisan Pengalaman dan Penyataan Hasrat (pe benda ni??? what the..........)

iv) Surat Perakuan Diri (oh tidak!!! aku mula menjerit spt org gile..)

to be true aku tak paham pe maksud no.3 n no.4 ni....wei..aku nak further study je...bukan nak kerja kat syrikat2 yg power2 tu pun..asal la demand sangat ni...okeh aku tau korang bagi biasiswa...memang patut la pun kan....aku dah start geleng2 pale sambil garu kepala sempat ke aku sediakan semua ni sebelum 19/4 ni?? mana nak wat preparation utk interview TESL UiTM, tak lama pas tu lak IPG..aahh...kusut2...tak pasal2 aku tak tido sambil mengGOOGLE bahan untk both interview ni....adesss...pepehal pun aku bersyukur daripada langsung tak dapat kan....weee...
 
  yang kat depan tu fatahul..yg second dpan tu aku..heeee
 
p/s: kepada yang tak dapat both of interview or one of it..don't give up k...ada la tu rezeki kat tempat lain...setiap manusia telah tertulis rezeki masing2...keep trying ok... =)
dedicated for COACH  FATAHUL..ahahaha

Sunday, April 10, 2011

hikayat kerajaan hati

tersebut lah kisah mengenai sebuah kerajaan pada zaman dahulu yang aman damai dan bahagia pada mulanya. kerajaan ini diberi nama sebagai kerajaan hati. kerajaan hati ini diperintah oleh seorang puteri raja yang muda, bertanggungjawab, tegas dan amat perihatin terhadap segala rakyat yang hidup di dalam kerajaan itu. puteri tersebut diberi nama puteri chahaya muthiara. walaupunbegitu disebabkan usianya yang muda baginda telah dibantu oleh beberapa orang pembesar. salah seorang pembesar baginda adalah merupakan kakanda tuan puteri sendiri. tuan puteri amat menyayangi kakandanya kerana kakandanya itulah yang sering sahaja bersamanya berbanding kakanda-kakandanya yang lain. kakandanya bukan sahaja merupakan pembesar tetapi merupakan pahlawan bagi kerajaan tersebut. selain daripada kakandanya tuan puteri juga dibantu oleh seorang penasihat dan sahabat baik kepada baginda yang juga merupakan seorang puteri bagi kerajaan lain yang bernama puteri cahya agung. puteri cahya puteri cahya agung merupakan seorang penasihat yang baik lagi bijaksana. dua orang penting ini telah membantu tuan puteri chahaya muthiara mentadbir kerajaannya menjadi kerajaan yang aman lagi bahagia.
namun hari tidak akan cerah sepanjang masa. kesenangan tidak akan kekal selamanya. pada suatu hari tanpa diduga berlakulah perselisihan paham antara tuan puteri chahaya muthiara dengan kakanda kesayanganya itu. tuan puteri menyangka perselihan itu hanya sementara tetapi sangkaannya itu bukanlah suatu kenyataan. selepas persekisihan kecil itu kakandanya terus meningalkan tuan puteri dan kerajaan hati. tinggallah tuan puteri mentadbir kerajaan bersama penasihatnya itu. sedih kehilangan kakandanya itu tidaklah tertanggung. sejak dari itu kakandanya tidak lagi berbicara dengan baginda dan jauh sekali untuk membantu tuan puteri mentadbir kerajaannya itu. tiadalah pahlawan agung yang melindungi kerajaan hati. walaupun tuan puteri berduka cita tetapi tuan puteri tidak pernah membenci kakandanya baginda percaya bahawa suatu hari nanti kakandanya akan pulang ke kerajaan hati dan membantu tuan puteri seperti dahulu kala. baginda amat bertuah kerana mempunyai penasihat dan sahabat yang baik lagi bijaksana, bersama-sama penasihat nya itu baginda mentadbir kerajaan hati. dengan bantuan penasihat baginda kerajaan hati dapat terus membangun walaupun kadang kala terasa amat susah kerana ketiadaan pahlawan untuk melindungi kerjaan tersebut. 
sudah adat dunia bahawa lelaki dan wanita itu akan berpasang-pasangan, hati baginda telah ditambat oleh seorang putera yang dikatakan bahawa sangat menyukai tuan puteri sejak berabad lamanya. maka, baginda dan putera itu menjalin tali kasih yang agung. tuan puteri sangat bahgia hubungan mereka juga amatlah lancar. dan tiba suatu hari kerana kasihnya itu tuan puteri telah menganugerahkan sebahagian daripada kerajaan tersebut. baginda dan putera tersebut bersama-sama penasihat baginda mentadbir kerajaan sehingga menjadi sebuah kerajaan yang amat lah aman maju dan penuh dengan kegembiraan.
namun, sudah kententuan ilahi sekali lagi kerajaan hati diuji dengan ujian. putera yang amat dikasihi baginda telah mengkhianati janji mereka untuk bersama-sama mentadbir kerajaan tersebut. putera tersebut telah dipengaruhi oleh kerajaan lain sehingga terhancurlah kerajaan hati. putera telah bersama-sama kerajaan lain telah menghancurkan kerajaan hati sehinngga tiada belas kasihan. menangis lah baginda di dalam menara istananya sambil melihat kehancuran kerajaan nya itu. baginda bukan sahaja kehilangan cintanya malahan kerajaan nya juga musnah. namun, beruntunglah baginda kerana penasihat nya masih berada disisinya walaupun baginda telah mengalami kehancuran yang amat teruk. atas bantuan penasihatnya baginda bangkit untuk memulihkan kan kerajaan hati semula. dengan sisa-sisa yang tinggal baginda bersusah payah memulihkan kembali kerajaan itu. begitu juga dengan penasihat baginda yang membantu baginda sehabis daya bersusah payah tanpa mengira waktu. tersentuhlah hati baginda sehinngga menitis air matanya melihat kesungguhan penasihatnya itu. 
beberapa ketika selepas itu terdiri lah kembali kerajaan hati walaupun tidak lah seaman dah sebahagia dahulu. kemudian datanglah kembali putera nya itu memohon maaf dan mahu kembali ke kerajaan hati kerana dikatakan putera itu masih menyintai baginda. pada mulanya baginda amat berat hati untuk menerima kasihnya itu kembali. namun, baginda tidak dapat menipu dirinya sendiri bahawa baginda masih mengasihi putera itu malah terlalu kasih.
maka, ditadbirlah kembali kerajaan hati bersama-sama penasihat dan putera yang amat dikasihi baginda. bahagialah kembali kerajaan hati apabila hadirnya putera itu. baginda juga turut tersenyum riang apabila kerajaannya kembali pulih disamping oramg yang amat dikasihi baginda. maka, dua pasang kekasih itu berjanji setia sehinngga keakhirnya.
namun, entah dimana kesilapan baginda runtuhlah sekali lagi kerajaan hati. putera yang amat dikasihinya itu sekali lagi mengkhianati janji dan kasih yang telah terbina itu. putera itu berlalu pergi bersama-sama separuh kerajaan yang telah dianugerahkan kepada putera tersebut. maka hancurlah lagi sebahagian kerajaan itu setelah sebahagian yang lain dibawa pergi oleh puteranya itu. menangislah tuan puteri tiada bersisa didalam istana itu sambil ditelan kepekatan malam yang sunyi. mengigilah tuan puteri itu apabila mengetahui pengkihanatan puteranya itu. tiadalah lena tidurnya tiadalah juga selera santapnya mengenang cinta, harapan dan kerajaan nya hancur itu. namun tidaklah juga baginda menunjukkan kesusahanya dikhalayak ramai. baginda ingin mendirikan kembali kerajaannya itu dengan usahanya sendiri. mujurlah penasihatnya itu tiadalah juga meninggalkanya malah sentiasa bersama-sama baginda samada susah mahupun senang. walaupun baginda mengatakan dirinya akan mampu mendirikan kembali kerajaannya itu namun jauh disudut hati baginda masih mengharapkan dan mencintai puteranya itu. tuan puteri itu selalu dan akan terus menunggu puteranya itu  kerana itulah janjinya terhadap putera sambil disaksikan kerajaan hati nya. maka, baginda terus melangkah mendirikan kembali kerajaan yang musnah itu bersama-sama luka dihatinya. baginda akan terus menuggu dan menuggu putera dan kekandanya kembali ke kerajaan hati tanpa henti. 
TAMMAT.
menunggu itu janji ku.......


p/s: hanya sekadar hikayat.......maaf la ayat aku tak da la sepuitis en. fatahul...

Thursday, March 31, 2011

ini bukan milikku...

assalamualaikum...kalau korang bace tajuk ni pikir mesti aku gaduh dengan pakwe aku ke pe ke kan... apa? korang tak pikir macam tu?? cet...baru nak bikin gempak...spoil la..huuhuu...nak tau apa yang bukan milik aku? baca entry ni sampai habis k...(tak nak bace pun tak pe...huuu)

bile malam menjelma.....huuuuuu
tersebut lah kisah..pada zaman dahulu kala..terdapat seekor unta dipadang pasir...akan tetapi aku bukan nak citer pasal unta tu..haha...ye2..aku tau aku merepek... ok cter sebenarnya adalah...jeng-jeng...
aku kan sejak aku umur darjah 6 aku selalu kene tindih time tido...aku selalu kene tindih bile aku tido lambat dari biasa......
so, malam tadi aku tak ley tido sampai pukul 5pagi baru aku boleh tido.....then..sekian lama aku dah tak kene tindih tetibe malam tadi aku kene tindih la...benda tu peluk aku dari belakang...agak kuat sampai aku tak ley gerak..ye la nama pun kene tindih mana boleh gerak...macam bese la setiap kali kene tindih aku mesti baca surah2 yg terlintas kat otak aku.....tetengah aku sedang berusaha baca surah alfatiha..tetibe aku macam tak ley baca...aku cuba agi...tapi yg kuar doa makan bukan al-fatiha....jangan ketawa..aku tau bunyi macam lawak je kan...ada ke doa makan yg aku terkuar...tapi ni citer betul ni....
kali ni aku cuba agi...time aku tetengah aku baca tu 'dy' ckap kat aku...
"ini bukan milik kau..kau hanya menumpang saja..."
lepas dy habis cakap aku pun berjaya baca al-fatiha aku..then lepas aku habis baca al-fatiha, benda tu pun pergi.....
aku pun duk terpikir..apa yang bukan milik aku?? aku menumpang??? memang la dunia ni bukan milik kite semua ni milik allah...tapi...pe maksud sebenarnye...bukan milikku??...huh....


seram lak..wat entry mcm ni mlm2...huu

p/s: sebelum tido amek air sembahyang..baca doa dulu...

Wednesday, March 30, 2011

the most happy day (versi tarikh pertama)

aloha...okay tajuk entry ni hampir sama dengan tajuk entry yg sebelum ni kan....don't worry jangan tukar siaran aku bukan salah posting pun..huu...aku wat dengan sengaja sebab tarikh kejadian nya sama cume situasi dan perasaan yg berbeza............

tapi aku ta wat macam gambar ni taw...huhu..

hm...tarikh pertama dalam bahasa omputihnye first date la...tu pun tak paham ke..adoiai...macam nak amik TESL ni..huhu.. ok2..kembali ke kepangkal jalan...as u know today is my special day...hari yg wat aku tersenyum sensorang macam orang tak betul..hahaha... well...first date aku sgt best..bagi aku la...aku kan tak pernah dating..uhksss...well aku nak citer satu persatu pe yg jadi...kalau tak suka sila la ke blog lain maybe iye akan membuat korang rasa euw2...(amaran awal..haha).. korang kene paham aku dah tukar konsep..hahaha...
dating yg tak da hala tuju langsung..haha..geli ati aku bila pikir2 balik...asyik ulang alik dari mahkota ke dataran je kejenye...sampai lenguh kaki..tapi sebab berjalan dengan tersayang tak da la terasa sangat...(tak terasa langsung benornye..hihi)
mula2 janji nak jumpe kat padang..pastu boleh pulak pura2 tak nampak aku..aish..huu..pastu kami pun berjalan2 dy ajak aku beli aiskrim kat MCD mahkota...kami makan mcflurry dy yg belanja..perisa oreo ok..berebut nak byr gak jap kt kaunter..then, aku teman dy survey kasut kat al-ikhsan...first time masuk al-ikhsan ooo...lepas membuat tinjauan kami pun pergi ke dataran balik..nak cari tempat duduk kononnye....makan aiskrim...hala tuju time tu adalah kolam..kolam ikan bukan kolam mandi ok?... pastu terserempak dgn ina menunggu pangeran dy...sementara tu aku pun snap2 gmbr dgn dy...lepas pangeran ina sampai kami berempat jlan sama2...(tak rancang pun nak jadi mcam tu benornye..) pastu kiteorg jlan2 kat mp lak..gi thai kuang(btul tak aku eja??).. then, jlan2 agi sampai aiskrim aku tumpah....malu seh.....memang aku malu giler doe..kene seluar lak tu..adoiai...dasar budak comot...pastu nak cari toilet round2 tak jumpe...haha...aley2 cancel niat nak bersihkan seluar...huu..then..gi makn kat KFC..dah la tak nak makan, tak duduk sekali...tau2 tinggalkan aku je kat KFC tu dgn ina...aku pun...pe agi merajuk do...dy kol tak angkt(pulak aku nak angkt mse tu aku tgh smbahyang)..pastu tak sampai ati angkat jugak la...dy suruh aku gi kt tmpat game..aku pun gi la...tgk2..dy belikn aku air TINGE...aku pun baru teringat aku ada belikan lolipop untuk dy..so, aku bagi la..heeee..pas rehat2 jap kiteorg sambung jalan n terus balik.....dy je bukan aku..aku sambung shoping...ahahahaha...

aku tak usik agi air tu...sayang nak minum...hehe

well...walaupun korang akan cakap "ceh..first date aku lagi romantik la..kecoh je ko minah.." eh? ada aku kisah...kecoh2 pun blog aku kan ni...jgn lupe tu...first date aku walaupun macam huru hara je aku tetap HAPPY...bahgia seh..ko ada?? ahaha...
walaupun pakwe aku cakap aku pendek, macam budak2 la pe la...tapi..aku tetap rasa bahagia..sangat..sangat bahagia....thanks for give me such a sweet memory dear.....


senyum manjang je aku..bahagia seh...semuga kekal....



p/s: maaf entry kali ni terlebih jiwang...ahahahaha

the most happy day (versi kengkawan..ahaks..)

assalamualaikum u olls... penat tapi best sangat-sangat dapat bergantung luar(hang out) dengan kengkawan..syok habis la...amik gambar la shoping(sampai habis duit aku..huu)..macam2 aku beli..niat nak berjalan2 and makan je tapi tershoping lak..haha..aku mane boley klu tak kuar tak shoping..kan...haha..habis la sape jadi laki aku nanti...ahaks...
tapi memang best sangat dapat gak lepas rindu kat ferra, ina and iza...
tapi memang best giler ari ni... first class...


the most wonderfull day ever...




p/s:happy tahap gaban lah....ahahaha

Tuesday, March 29, 2011

dup dap dup dap

taraa....cak!! long time no see huh?..ahahaha..aku malas nak tulis and tak da idea nak tulis apa tu pasai yang lama tak up date blog tu....sori u olls..(ceh cakap macam ramai je yang yang bace blog aku ni..walhal...huuuu) ok2...cetengok tajuk entry ni....dah tgk???sambung baca balik.. ahaa..ni bukan pasal debar2 nak amek result ke pe ke...jika anda berfikir begitu anda SALAH!! sila cuba lagi...ahahaha..
aku tulis entry ni sebab aku nak citer betapa berdebar2 and excitednye aku nak tunggu besok menjelang...haha.. u know why? sebab sok aku nak gi keluar jalan2 dengan pakwe kawan-kawan..hee..ada ina, ferra and eza...of kos la aku happy nak jumpe kawan kan...lagi2 si ferra tu bussy manjang susah nak jumpe..maklumla orang keja tak macam aku..menghuru-hara kan rumah jerk taunye...huhu..aku pun bukan senang dapat turun town hang out dengan kawan2, so, bile dah dapat permission ni aku pun jadi la excited...(mcam tak pernah turun town je excited nye..haha)
ohoho..harap2 esok aku dan kawan2 dapat bergembira...
wish me gud kuck and having a verry happy day tomorrow........

p/s: ok tak layout baru aku???

Wednesday, March 23, 2011

tak idea nak bagi tajuk ape..hahaha

assalamualaikum semua..hari ni result kuar..ok2..tak yah cakap aku tau korang nak cakap pe, korang nak cakap lagi2 citer pasal result kan and korang dah bosan nak bace kan? tapi ada aku kisah?? aku tetap nak citer gak..wekk..


masa nak amek result,pening, mual2, sakit perut....macam2 hal...aish..

perh..terasa tersekat nafas aku..ala2 mcm org gantung diri tu..ceh cakap macam pernah gantung diri je..poyo sungguh..wani..biasa la sengal je lebih..uhuu..aku and my pren cadang nak g kul 11 sebab kiteorang ingat time tu dah umum la..sekali tu aley2..aiseh..belum umum daa...pukul 12 lebih baru kuar...aku, ina and iza dpt 5A..ok la tu kan3???...(bek korang cakap ok kalau tak...nahas korang!!)

mak abah aku happy jerk..semua cakap taniah kat aku..tapi ok la aku bersyukur walaupun result aku tak gempak macam korang kan..huhu(sambil tunduk ke bawah dan menarik hujung baju aku..)hahaha..


bagi aku ini lah hasil usaha aku belajar selama ni+tido dalam kelas..ahahaha..setimpal la dengan usaha budak pemalas lagi kuat tido macam aku ni kan...hahahaha rezeki tu terima saja..

hmm..tapi kenapa aku tak rasa lega ye? tak sedap ati dan bimbang..takut lepas ni 'kami' renggang, bawa haluan masing2..i'm not ready to let him go and i don't want to get ready for that..sekali dah cukup...well, my dear pepepun keputusan u or perancangan u pas ni, i sokong je..(as long u tak mintak putus..or else u mintak jugak u akan menyesal sebab jumpe i...ahahahahahahaha)

haha..mesti korang mcam2 euw2 bce perengan terakhir tu kan..tetibe aku terasa sgt gedik..haha

p/s:tabiat aku tido dalam kelas telah bermula masa aku tadika lagi..haha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...